Sabtu, 29 Disember 2012

Percutian budget

Kalau nak jimat duit tapi nak penuhi keseronokkan bercuti tak terhingga bersama keluarga aku cadangkan kita pergi bercuti ke Songkhla, Thailand.  Pertama buat border pass family.  Lepas tu buat insuran kereta untuk 9 hari, lebih kurang RM 14 je.....  Isi minyak kereta penuh dari Changlon.  Anggaran minyak pergi balik antara RM 30 - RM 40 je.....Lepas tu terus pergi ke Zoo Songkhla.  Dewasa 100 bath, kanak-kanak 50 bath, bawah 7 tahun free aje....kereta 50 bath aje....kalau macam keluarga aku yang berjumlah 7 orang cuma 400 bath je (lebih kurang 40 inggit) masuk sekali dengan kereta.  Melawatlah ke zoo terbesar di Thailand.  Di samping boleh pusing zoo yang besar giler tu dengan kereta dapat melihat pertujukkan burung, pertunjukkan gajah, pertunjukkan harimau dan macam2 lagi.  Pulak tu kalau gajah dan kebanyakkan haiwan di zoo tersebut boleh pegang lagi.......siap boleh kasi makan kat tangan lagi.  Nak bagi makan harimau dengan singa pun boleh.  Kalau kau orang nak jadikan kau orang sebagai makanan harimau atau singa pun boleh.  Burung, rusa, kijang jinak sungguh siap mai sondol kita lagi minta kita suapkan makanan.  Kalau nak beli makanan pun 20 bath je....tak larat nak suap.  Letih bawa anak2 nengok zoo yang berbeza dari yang dilihat di Malaysia sampai ke stesen 13 anda boleh menikmati Water Park.  Besar lebih kurang macam Wet World kat Malaysia..macam2 permainan ade..tapi free aje sebab dah bayar tiket masuk zoo tadi....tapi jangan lupa siap pakai trunk mandi...sebab kalau sewa kena bayar 10 bath utk tutup kepala dan 20 bath untuk set pakaian mandi, tapi kalau anda ada set pakaian mandi sendiri bawa aje.....Lepas tu balik lepak kat Samila Beach dan beli cenderahati.  Murah murah.  Kalau teringin nak masuk Songkhla Aquarium bayaran 300 bath dewasa dan 100 bath kanak2 tak termasuk diskaun yang pasti family dapat.  Tapi kalau nak singgah Aquarium Songkhla, ICe Doom Haadyai, Floating Market tak cukup sehari, kena cari tempat tidur.  Untuk itu dicadangkan tak payah tidur balik dulu, lain kali pergi pakej ke2 pulak.  Sebab masa anda habiskan di zoo bersama anak2 pun dah 4 hingga 5 jam.......Masa terisi anak2 pun syok abis.  Naik kereta tak perlu lalu tol sebab Thailand cuma ada tol di Bangkok....kalau kot bawah bawah ini tak de tol.  Sebab itu saya katakan minyak RM 30 - RM 40 dah pergi balik dari Changlon.  Macam aku yang pakai Wish pergi balik lebih kurang RM 30 je. 
Ini untuk destinasi menarik luar negara tapi budget ciput, anak2 puas hati.

Isnin, 24 Disember 2012

Jadual waktu 2013

Jadual waktu persekolahan 2013 telah disiapkan seperti sepatutnya.  Saya cuma menjalankan tugas dan penetapan kelas mengajar dan subjek ditentukan oleh Penolong kanan kurikulum.  Saya hanya mengubah mana-mana subjek tambahan sekiranya sistem tidak dapat menyusun seperti kehendak PK1.  Walaubagaimanapun saya tetap menerima dan mengubah beberapa kehendak guru mengikut kemampuan sistem.  Kalau melibatkan subjek teras susah sikit sebab dia melibatkan banyak waktu.  Yang paling sukar sekali untuk memastikan Pendidikan jasmani sebelum waktu rehat.  Itu sebabnya beberapa perkiraan harus diubahsuai mengikut keperluan.  Kalau ada guru yang tak mampu saya susun waktu luang subjek mohon maaf kerana sekadar itu kemampuan saya.  Dan kawan-kawan dipersilakan untuk menyiapkannya sekiranya tak puas hati....he..he..he

Perihal 2013

Menjelang januari 2012, SKBBS akan memperkenalkan subjek ICT sebagai subjek tambahan khusus untuk pelajar tahun 5 sahaja selepas waktu persekolahan yang akan diajar oleh Guru Cemerlang ICT Daerah Kubang Pasu.  Pencerahan ICT ini bertujuan untuk memberikan pengajaran era multimedia yang mungkin berlainan seperti yang diperolehi oleh pelajar di sekolah-sekolah lain. Mengikut maklumat pembelajaran sekitar 30 minit seminggu akan menekankan pembelajaran corak multimedia dimana pelajar akan didedahkan dengan perihal menggunakan intenet, pembinaan blog, penghasilan audacity untuk program sintokfm selain dari pembelajaran asas word dan powerpoint.

perihal dis2012

Tahun ini bercuti ke Pahang, Terangganu, Selangor KL, Perak dan Kedah.  Tahun depan belum tahu lagi tapi buat kali pertama ke rumah dik Ya, Syam, Mek Nina......seronok walaupun poket dah cerlus...asalkan bersama family hilang keletihan selama setahun. Tahun depan plan lain pula....