Selasa, 8 Januari 2013

Lawatan Briged Bestari SMK Pekulajaya ke SINTOKFM


Pada 6 Januari dari jam 9.30 pagi hingga 1.30 tengahari, Briged Bestari SMK Pekula Jaya yang diketuai oleh cikgu Kang telah berpeluang untuk bertemu dengan saya dan warga SINTOKFM di konti.  Hasil pertemuan selama 4 jam itu memberi peluang kepada SINTOKFM untuk mencurah sebanyak mungkin ilmu kepada Briged Bestari dalam hasratnya untuk menubuhkan pekulafm.  Apa yang boleh dibantu, kami cuba membantu asalkan wujud pertalian maya antara sintokfm dengan satu lagi radio internet sekolah di negeri Kedah yang bakal ditubuhkan di pekulafm.  Kami menunggu perkembangan selanjutnya dan seronok kerana dapat berkongsi idea.  Ini adalah merupakan satu lagi sumbangan yang mampu diberikan oleh SINTOKFM kepada perkembangan ICT.  Terbukti SINTOKFM memberi impak yang baik dalam Pengajaran dan Pembelajaran setelah 80% ahli Kelab Media Penyiaran telah mencatat 5A dalam UPSR 2012 yang lalu. Sesuai dengan motonya informasi, ilmiah, intelek, bukan sekadar hiburan.