Sabtu, 19 Julai 2014

Lama tidak menulis mungkin sebab kecewa bilamana dengar berita tiada lawatan untuk GC 48 di sekolah rendah......Mana tidaknya puas buat persediaan berasaskan apa yang diketahui setelah melalui lawatan GC44 beberapa tahun yang lalu.  Persediaan dari sudut sekolah sampai antarabangsa sudah disediakan.  Artikel penulisan dan pembentangan kertas kerja sampai ke peringkat nasional telah dijalankan.  Anugerah Inovasi peringkat daerah, negeri semua dikumpul untuk menunggu.  Semuanya berkaitan dengan matapelajaran yang dipohon.  Apalagi dokumentasi berkaitan subjek, bertimbun, impak, kajian kes, pengajaran semua disusun dengan harapan ada pelawat dari nazir cukuplah.  Dapat tak dapat belakang kira.  Cuma nak dengar komen nazir aje mana yang kurang, boleh diperbaiki.....Tup tup dengar kata sekolah rendah tidak ditawarkan GC48.  Mau tidaknya kecewa, rasa tak berbaloi di sekolah rendah sedangkan lawatan ke sekolah menengah sudah dilakukan.  Kalau tak dapat setelah diadili dengan lawatan tak kisah, ini lawatan pun tidak.......Kalau macam ini tunggu ajelah 2, 3 tahun lagi, masuk timebased bye-bye le GC.. Tak berbaloi jadi GC ni......Mungkin anugerah inovasi yang diperolehi peringkat daerah dan negeri tidak membantu bilamana diketahui tiada tawaran GC48 untuk sekolah rendah.......Jalan terbaik, buat macam biasa aje, cukup masa timebasedkan....?