Isnin, 24 Disember 2012

Jadual waktu 2013

Jadual waktu persekolahan 2013 telah disiapkan seperti sepatutnya.  Saya cuma menjalankan tugas dan penetapan kelas mengajar dan subjek ditentukan oleh Penolong kanan kurikulum.  Saya hanya mengubah mana-mana subjek tambahan sekiranya sistem tidak dapat menyusun seperti kehendak PK1.  Walaubagaimanapun saya tetap menerima dan mengubah beberapa kehendak guru mengikut kemampuan sistem.  Kalau melibatkan subjek teras susah sikit sebab dia melibatkan banyak waktu.  Yang paling sukar sekali untuk memastikan Pendidikan jasmani sebelum waktu rehat.  Itu sebabnya beberapa perkiraan harus diubahsuai mengikut keperluan.  Kalau ada guru yang tak mampu saya susun waktu luang subjek mohon maaf kerana sekadar itu kemampuan saya.  Dan kawan-kawan dipersilakan untuk menyiapkannya sekiranya tak puas hati....he..he..he

Tiada ulasan:

Catat Ulasan